
Sekarang, apa lagi ? Sekarang ni, jom kita ramai-ramai cuba buat resepi ni which is TANG YUAN. Mimi dapat resepi ni dari KAK SHEN. Nak tau apa Tang Yuan, jom tengok gambar kat bawah.
Gambar hak milik KAK SHEN jugak.
Comel kan ? hehe. Now, jom tengok BAHAN and CARA pulak.
Bahan-bahan ( 4-5 org )
- 300g Tepung pulut
- 1/2 cup air panas
- 1 cup air suhu bilik
- INTI: ikut selera masing2. Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah dll.
- AIR SYRUP: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia.
Cara-cara
1. Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
2. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika
masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut
citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian
biar warna asal.
3. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan
proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan
inti kacang merah, dan pandan kaya.
4. Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola
akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air
minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola
tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan
sedap.
5. Untuk air syrup. Masukkan lebih kurang 1 liter air dan masak dengan gula
batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis
mengikut suka. Saya suka syrup yg manis.. Hidang bebola bersama dengan
air syrup yg telah sejuk. Lepastu silakan lah glurrrp...




No comments :
Post a Comment
Assalammualaikum & Hi !
Do leave your comment by using a nice words.
Have a good day ahead !