Harini,
mood aku memang down. But whatever lah. Aku tetap nak do my typing. Mood aku
tengah nak share how’s my life during pregnancy. Siapa cakap mengandung ni
senang ? I felt it. It’s so hard sometimes. DUGAAN PARAS punya ! Kenapa aku
cakap macam tu ?
Gangguan
tidur insomnia tahap kesepuluh ! Memalam mesti tak boleh tidur. Terasa bengang
jugak lah bila tengok orang lain tidur dengan nyenyak. Rasa nak ikat diorang,
then, tinggalkan kat hutan afrika =,=”. Mimpi yang bebukan aje aku sepanjang
pregnant ni. Sampai tahap belasah laki aku dalam mengigau.
Sakit
rusuk, tulang tonggeng dan pangkal peha ya amat segala amat. Kenapa aku cakap
ya amat segala amat ? Sebab aku sampai tak boleh nak jalan. Dah satu kerja laki
aku nak kena pimpin and ajar aku bertakteh. Malu kot besar2 orang dok ajar
bertakteh. Hello ! Aku bukan baby yang perlu bertakteh ok. Aku mak baby lah :’(.
Nasib laki sendiri. Menangis, menjerit, terpekik semua ada. Tinggal mengilai je
belum lagi. Sakit rusuk ? Memang tak boleh duduk lah kau. Sampai bengkak kat
kulit rusuk aku ni.
Always
cramps. Yup. Kaki aku selalu cramp. Padahal aku bukan masuk contest lumba lari
pun :’( Sedih aku. Sakit giler kot. Nak2 kalau cramp tengah malam. Hah kau, menggagau
aku kejut laki aku. Laki aku pulak bangun dengan secara mengejut dengan gaya
nak bersilat dia =,=” Apa motif aku pun tak tau. Mesti sebab terkejut lah tu
bila aku kejut secara mengejut. Aku yang kejut pulak yang terkejut sebab dia
bangun secara mengejut. Dahlah sakit kejang kaki, nasib tak sakit jantung
tengok dia menggagau mcm tu.
Susah
nak telan air liur. Macam telan batu rasanya. Selalu aku boleh telan dengan
cepat. Ni tak, kena take times baru boleh swallow. Air liur aku berubah jadi
air batu ke ?
Selalu
sumbat. Bukan otak sumbat ok. Tapi telinga dan tekak lah. Otak sumbat tu
sebelum pregnant lagi aku dah dapat. Memang penyakit sejak azali. Hehe. Kalau
sumbat, aku memang tertonggeng sana sini. Tak selesa punya pasal. Kadang, satu
hari sumbat. Dapat gaji ke sumbatkan tekak dan telinga aku ni ? Rajin kau kerja
sampai satu hari kan =,=”.
Ada
api kat kepala. Tolong jangan bayangkan aku seperti GHOST RIDER yang mampu
mengeluarkan api di kepalanya lalu bertukar jadi tengkorak k ? bayangkan aku macam
MASKED RIDER tak apa. Omey sikit. Hehe. Bila setiap kali aku baring, aku selalu
rasa macam darah ke, apa ke, semuanya terkumpul kat kepala. As a result, kepala
aku jadi panas ya amat dah macam orang kena rasuk. Kaki sejuk, kepala panas.
Maybe darah semua naik kepala. Tu yang kaki aku sejuk macam dah takde darah.
Masalah
pernafasan. Yup. Sometimes, it was so hard for me to take a breath. Kadang rasa
macam nafas dah tinggal nyawa2 ikan. Tak boleh bernafas. Especially time nak
tidur. Nasib laki aku ada. Dia yang tolong urutkan. Thanks pa :).
Masalah
penglihatan. Yup, memang raja segala masalah lah ni. Mata always berair. Sekejap
kang sok sek sok sek. Orang selalu ingat aku menangis. Hei, tolong lah korang !
Aku masih waras lagi ok. Tak de sebab aku nak menangis 24 jam. Sometimes, 2
boleh jadi 4 !! What ! And automatically, I got headache sampai rasa macam ada
burung terbang2 kat atas kepala (comelnya andaian aku. Hehehe).
Pendengaran
yang kurang enak dan lazat. Ini memang obviously nampak. Yang selalu jadi
mangsa, laki aku. Dia cakap lain, aku dengar lain and automatically, kerja aku
pun jadi lain. Contoh, dia suruh aku ambil kain, aku bagi penampar kat dia. Ha,
boleh gitu ? Aku dengar dia macam cakap, “ma, pa nak penampar kuasa satu”.
Percaya ? Gila apa tampar laki sendiri. Itu hanya contoh sahaja k. Kau tau
sampai dia cakap apa? “Bahaya orang mengandung ni, lain kita cakap, lain yang
dia dengar”. Laki aku sampai takut. Lagi satu, setiap kali orang cakap dengan
aku, aku mesti bagi respon, “HA?”. Ha lah ! Sebab tak berapa dengar.

Emosi
yang tidak terkawal. Kadang2 aku mampu kawal. Kadang2 tak. Apa jadi kalau aku
tak mampu kawal ? Jadi gila lah. Mulalah meroyan nangis sensorang, marah orang,
muram tanpa sebab dan yang seangkatan dengannya.
Cuba korang bagitau, normal ke tidak tu ?

Garang
ya amat =,=”. Homaigod, raja segala rimba simba pun takut dengan aku. Bila aku
bertukar jadi garang, automatically seluruh badan aku bertukar jadi hijau dan
badan2 ku berketak ketak. Cuba teka, apa benda tu ? HULK ? Tak de lah sampai
aku bertukar jadi Hulk. Cuma pangkat adik tiri dia je. HULK HOGAN :’) And aku
tak bertukar jadi hijau k. Aku bertukar jadi pink. Aku kan perempuan. Omey
sikit warna dia. Kadang2 jadi biru sebab marah sampai urat semua tegang and
darah semua beku. Marah sampai keras =,=”. Panjangnya aku merepek. Cukup2. Kau hengat
seronok jadi garang ?
Boleh buat aku sakit jantunglah.

Sangat
cerewet. Lebih cerewet daripada mak korang tau tak. Dah kenapa tetiba libatkan
mak korang. Sorry2. Kiranya aku ni dah mcm pangkat nenek2 gitu. Sepah sikit tak
boleh, kotor sikit pun tak boleh, lambat tak boleh.
Nasib laki aku faham.
Dia
cakap, “Biasalah tu, mengandung”. Hehe.

Sangat
suka jadi fighter. Huaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! Aku hanyalah seorang ibu mengandung,
bukan POWER RANGERS. Kenapa korang pilih aku masuk team korang :’( Kau tau aku
fight dengan siapa ? Dengan laki aku lah. Dia relaks aje. Dia cakap dia faham,
orang mengandung memang ada perangai pelik2. Bukanlah sampai tahap hunus
samurai kat laki aku. Cuma suka fight2 manja gitu. Huahuahua.

Mempunyai
system deria rasa yang sangat lemah. Kenapa aku cakap macam ni ? Sebab aku tak
boleh merasa. Setiap kali aku masak, aku always rasa yang masakan aku tawar. As
a result, aku terus berusaha campak seberapa banyak garam yang boleh. Kalau
boleh cecah sekilo, sekilo lah aku letak. Disebabkan itu lah, laki aku selalu
teman and tolong aku masak. Aku faham. Dia pun takut kalau menghidapi penyakit
darah tinggi dikala usia muda.

Tak
larat nak angkat badan sendiri. Paling menggeramkan aku apabila aku terjaga
untuk ke toilet pada tengah malam. Dah lah mamai, badan berat. Tak terbangun
aku dibuatnya. Nak kejut laki aku, kau hengat senang ? Kalau bom meletup kat
sebelah telinga sekalipun, belum tentu dia sedar tau tak ? Nasib tak terkencing
aku atas tilam =,=”. Laki aku pun gagah angkat aku. Kau tau dia cakap apa ? “ANGKAT
AIR COND PUN TAK BERAT MACAM NI” . Cis. Aku disamakan dengan air cond =,=”.

Pelupa
tahap Alzheimer ke-4 =,=”. Laki aku pesan apa2, sekejap je aku ingat. Lepas tu
entah terbang pergi mana ingatan aku, aku pun tak tahu. Jasad je ada kat depan
mata laki aku, otak aku dah terbang mencari kebebasan di atas awan =,=”. So,
setiap kali aku nak beli barang, aku akan sediakan note pad sebab laki aku pun
pelupa sejak azali.
Nasib aku tak lupa muka laki aku.

Always
got stress. Argh!!!!!!!!!!!!!!!!! Frankly speaking, aku sangat cepat stress
sepanjang mengandung ni. Tak boleh silap sikit, aku mesti stress. Then, nangis,
rasa nak mengamuk. Nasib laki aku faham. Dia rajin pujuk aku. Usap2 kepala aku.
Peluk aku kuat2 supaya aku tenang. Bahagia sangat masa tu even tengah stress.
Dia cakap, dia faham aku pregnant. Sayang kau pa !
Ok, setakat ni je yang aku mampu
ingat apa yang aku lalui during my pregnancy ni. Kalau ada lagi, aku update.
Thanks tau sudi baca entry aku yang panjang lebar ni :’)
No comments :
Post a Comment
Assalammualaikum & Hi !
Do leave your comment by using a nice words.
Have a good day ahead !