-->
Take it or Leave it !
We Come To Love Not By Finding A Perfect Person, But By Learning To See An Imperfect Person Perfectly...
AVAIB STATUS !! {。^◕‿◕^。}
What A Lazy Day ~.~ !!






Sunday, 13 July 2014

DARAH TINGGI MACAM BOM ?

 
Ok. Stop sekejap freebies. Hari ni aku nak type and type. Biar orang cakap aku gila typing. Lantak aku lah kan ? Hehe. Dah tangan ni gatal sangat nak menaip. Acanor eak ? Now, aku nak info sikit pasal darah tinggi ni.
 
 
 
  • Seseorang itu dikatakan mempunyai darah tinggi apabila tekanan darahnya melebihi 140 mmHg untuk sistolik (tekanan darah atas) dan melebihi 90mmHg untuk diastolic (tekanan darah bawah).
 
 
  • Pesakit akan disahkan mempunyai tekanan darah tinggi jika tekanan itu berterusan untuk selang beberapa kali bacaan dalam jarak masa yang berbeza. Pradarah tinggi pula dikatakan jika tekanan sistolik antara 120 hingga 139 mmHg dan tekanan diastolic antara 80 hingga 89 mmHg.

  • Secara umumnya 90 peratus daripada pesakit darah tinggi tidak mempunyai punca utama. Ia dipanggil sebagai essential hypertension. Biasanya mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dari kumpulan ini disebabkan faktor usia.

  • Ia juga kombinasi kompleks antara faktor genetik dan amalan gaya hidup tidak sihat. Selebihnya pesakit yang mempunyai darah tinggi disebabkan masalah perubatan lain seperti buah pinggang, ketidakstabilan hormon, tiroid, masalah saluran darah ataupun masalah auto immune. Kumpulan ini dikenali sebagai secondary hypertension Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi tidak mempunyai simptom. Mereka hanya dikenal pasti apabila menjalani pemeriksaan klinikal biasa ataupun ketika rawatan ke klinik akibat demam selesema.

  • Bagaimanapun, ada juga yang mempunyai simptom seperti sakit kepala, sakit tengkuk, pening, loya, telinga berdesing dan penglihatan mula kabur. Oleh itu, tekanan darah tinggi juga dipanggil sebagai ‘bom jangkamasa’ kerana ia tidak mempunyai simptom walaupun tekanan darah sudah tinggi.

  • Yang lebih merisaukan ialah dalam kebanyakan kes, tekanan darah meningkat terlalu tinggi yang dipanggil ‘krisis darah tinggi.’ Ketika itulah simptom dirasai. Ia berlaku jika tekanan darah melebihi 180 mmHg untuk sistolik dan 110 mmHg untuk diastolic. Ketika ini komplikasi darah tinggi mungkin sudah berlaku.

  • Antara komplikasi darah tinggi ialah strok ataupun bengkak dalam otak pesakit. Ini mengakibatkan seseorang itu mengalami lemah sebelah anggota badan ataupun gangguan saraf lain.

  • Jika komplikasi berlaku dalam mata, pembuluh darah pada retina boleh pecah dan mengakibatkan gangguan penglihatan. Buah pinggang juga boleh rosak dan gagal berfungsi menyebabkan seseorang pesakit akan bergantung kepada dialisis sepanjang hayat. Serangan jantung juga boleh berlaku dan mengakibatkan jantung gagal berfungsi.

  • Walaupun diberi gelaran ‘bom jangka’, ramai yang mengambil ringan tentang pengawalan tekanan darah. Sikap sambil lewa untuk mengambil ubat seperti diarahkan dan gagal mengubah gaya hidup sihat menyebabkan komplikasi darah tinggi berlaku lebih awal dan komplikasi ini kekal serta berpanjangan.

  • Perubahan gaya hidup amat penting kepada semua pesakit darah tinggi terutama kepada mereka dalam kelompok pradarah tinggi. Pergantungan hanya kepada ubat diberi tidak memadai.

  • Pengurusan berat badan amat penting. Semua pesakit dinasihatkan mencapai berat badan optimum berdasarkan pengiraan indeks jisim badan (BMI). Pengurangan berat badan sebanyak 4.5 kilogram terbukti dapat mengurangkan tekanan darah.

  • Penjagaan makanan yang kurang garam dalam masakan dan pengambilan diet yang kaya dengan buah-buahan serta sayuran dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Berhenti merokok dan tidak mengambil minuman keras juga boleh membantu mengawal tekanan darah. Selain itu, senaman juga tidak boleh dilupakan. Bersenamlah 30 minit sehari sekurang-kurangnya selama lima hari. Senaman dapat mengendurkan lapisan salur darah dan seterusnya tekanan dalam salur darah pesakit dapat dikurangkan.
SUMBER: INFOKESIHATAN4U
 
 
 
 
 
 
 
With LOve  
 

Hasil coretan seorang penggemar tulisan : MimieWOH

Posted by MimieWOH at 11:07 pm
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook Share to Pinterest
Labels: Tips

No comments :

Post a Comment

Assalammualaikum & Hi !
Do leave your comment by using a nice words.
Have a good day ahead !

Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Page Visitors 。 ◕‿◕。

Life is a dream for the wise, a game for the fool, a comedy for the rich, a tragedy for the poor ◕‿◕
NORSYAMIMI
Was Born On 1994
Johorian
I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best. Currently is a wife and mother-to-be. I put all my dreams and hopes in MOHD AL-HAFIZ BIN BASHARUDIN. He's my future. Either you know me or not, just don't judge me ! JUST DON'T !
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers Daisypath Happy Birthday tickers

❤ Blog To Blog ❤

  • PERBEZAAN SAINS BARAT DAN ISLAM
    Mencari garisan antara moral awam hak individu dan kuasa negara
  • ISU-ISU SEMASA
    Syiah Semakin Menular Di Malaysia?
  • KEBENARAN ISLAM MELAMPAUI SAINS MODEN
    ABBAS IBN FIRNAS ~ Manusia Pertama Terbang
  • Koleksi Cerita Lawak
    "Lewat 4 bulan"
  • Tiroid jadi masalah | Rawatan penyakit Tiroid
  • Buasir usah biar melarat

ブログパーツ ハピネム

✿ KEKOTAK ✿

MY DREAMS 。 ◕‿◕。

Perfect Family
Villa
Argument
Haters !
Beach
Melancong
Paris
Laptop
Gaduh-gaduh Manja
A Lovely Baby
★ JUST CLICK AND CLICK ★
Template : SIMPLE TEMPLATE
Designer : JOSH PETERSON
Best View : MOZILLA FIREFOX
Tutorials : AMALINA LYSSA FARAH NABILA MEDAN CIKGU KACAMATA JOMBINABELOG HAFIZ BLOGTUTO ZATIEY AISYAH
“I am a blogger, I don't even care how long I use it, This is my online diary, This is one of my way to express my feeling, Either you like it or not, I don't even bother about it.” .

Textboxes from Ferny-Dust!
Myspace Glitter Graphics, Cartoon Dolls, HQ Doll Makers, Free Downloads, HTML Tutorials & More @ Freewebs.Com/Ferny-Dust

❖This Blog Is Fully Protected ︱ Created by Madam Mimi ︱ You Will Be Prosecuted If You Try To Replicate My Idea !❖
► ❝Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Madam Mimi❞ ◄