-->
Take it or Leave it !
We Come To Love Not By Finding A Perfect Person, But By Learning To See An Imperfect Person Perfectly...
AVAIB STATUS !! {。^◕‿◕^。}
What A Lazy Day ~.~ !!






Friday, 27 June 2014

LAGI 20 TIPS UNTUK KELUARGA BAHAGIA

 
 Nah, lagi 20 tips keluarga bahagia. TAKE A NOTE ◕‿-。
 
 
 
  •  Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  •  Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  •  Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  •  Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  •  Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  •  Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  •  Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  •  Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  •  Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  •  Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  •  Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  •  Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  •  Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  •  Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  •  Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  •  Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  •  Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  •  Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  •  Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  •  Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.



SEMOGA BAHAGIA ◕‿-。
 
 
 
 

Hasil coretan seorang penggemar tulisan : MimieWOH

Posted by MimieWOH at 10:56 pm
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook Share to Pinterest
Labels: Keluarga

No comments :

Post a Comment

Assalammualaikum & Hi !
Do leave your comment by using a nice words.
Have a good day ahead !

Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Page Visitors 。 ◕‿◕。

Life is a dream for the wise, a game for the fool, a comedy for the rich, a tragedy for the poor ◕‿◕
NORSYAMIMI
Was Born On 1994
Johorian
I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best. Currently is a wife and mother-to-be. I put all my dreams and hopes in MOHD AL-HAFIZ BIN BASHARUDIN. He's my future. Either you know me or not, just don't judge me ! JUST DON'T !
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers Daisypath Happy Birthday tickers

❤ Blog To Blog ❤

  • PERBEZAAN SAINS BARAT DAN ISLAM
    Mencari garisan antara moral awam hak individu dan kuasa negara
  • ISU-ISU SEMASA
    Syiah Semakin Menular Di Malaysia?
  • KEBENARAN ISLAM MELAMPAUI SAINS MODEN
    ABBAS IBN FIRNAS ~ Manusia Pertama Terbang
  • Koleksi Cerita Lawak
    "Lewat 4 bulan"
  • Tiroid jadi masalah | Rawatan penyakit Tiroid
  • Buasir usah biar melarat

ブログパーツ ハピネム

✿ KEKOTAK ✿

MY DREAMS 。 ◕‿◕。

Perfect Family
Villa
Argument
Haters !
Beach
Melancong
Paris
Laptop
Gaduh-gaduh Manja
A Lovely Baby
★ JUST CLICK AND CLICK ★
Template : SIMPLE TEMPLATE
Designer : JOSH PETERSON
Best View : MOZILLA FIREFOX
Tutorials : AMALINA LYSSA FARAH NABILA MEDAN CIKGU KACAMATA JOMBINABELOG HAFIZ BLOGTUTO ZATIEY AISYAH
“I am a blogger, I don't even care how long I use it, This is my online diary, This is one of my way to express my feeling, Either you like it or not, I don't even bother about it.” .

Textboxes from Ferny-Dust!
Myspace Glitter Graphics, Cartoon Dolls, HQ Doll Makers, Free Downloads, HTML Tutorials & More @ Freewebs.Com/Ferny-Dust

❖This Blog Is Fully Protected ︱ Created by Madam Mimi ︱ You Will Be Prosecuted If You Try To Replicate My Idea !❖
► ❝Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Madam Mimi❞ ◄