-->
Take it or Leave it !
We Come To Love Not By Finding A Perfect Person, But By Learning To See An Imperfect Person Perfectly...
AVAIB STATUS !! {。^◕‿◕^。}
What A Lazy Day ~.~ !!






Friday, 4 July 2014

TANGAN SAKIT DAN KEBAS

 
 


KESAKITAN pada tangan dan rasa kebas pada jari sehingga menyebabkan cawan yang dipegang ketika minum terlepas jatuh, membaca akhbar tidak lagi menyeronokkan kerana sukar untuk memegangnya, memandu kereta tidak lagi mengujakan kerana kesukaran mengawal stereng dan tidur malam tidak lagi lena kerana terjaga disebabkan sakit pada tangan. Ini semua antara aduan biasa pesakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) kepada doktor ketika mendapatkan rawatan.




  • CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.


  • Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.

  • Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.


  • Penyakit yang jarang berlaku seperti amilodosis (penyusupan hepar), sarkoidosis (gangguan tidak diketahui sebabnya menyebabkan nodus limfa pada kebanyakan bahagian tubuh membesar), multiple myeloma (penyakit malignan pada sum-sum tulang) dan leukemia juga boleh menyebabkan CTS.

  • Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

  • Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.

  • CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.

  • Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.

  • Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.

  • Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.

  • Pemilihan jenis rawatan untuk CTS bergantung kepada tahap gejala dan kewujudan penyakit dasar yang menyebabkan terjadinya CTS. Rawatan awal selalunya dengan merehatkan tangan terbabit, pemakaian sokongan pada pergelangan tangan dan tuam ais.

  • Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.

  • Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. 

  • Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.

Sumber: Infokesihatan4u
 
 
    

   With Love                                  
 

Hasil coretan seorang penggemar tulisan : MimieWOH

Posted by MimieWOH at 12:48 am
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook Share to Pinterest
Labels: Tips

No comments :

Post a Comment

Assalammualaikum & Hi !
Do leave your comment by using a nice words.
Have a good day ahead !

Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Page Visitors 。 ◕‿◕。

Life is a dream for the wise, a game for the fool, a comedy for the rich, a tragedy for the poor ◕‿◕
NORSYAMIMI
Was Born On 1994
Johorian
I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best. Currently is a wife and mother-to-be. I put all my dreams and hopes in MOHD AL-HAFIZ BIN BASHARUDIN. He's my future. Either you know me or not, just don't judge me ! JUST DON'T !
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers Daisypath Happy Birthday tickers

❤ Blog To Blog ❤

  • PERBEZAAN SAINS BARAT DAN ISLAM
    Mencari garisan antara moral awam hak individu dan kuasa negara
  • ISU-ISU SEMASA
    Syiah Semakin Menular Di Malaysia?
  • KEBENARAN ISLAM MELAMPAUI SAINS MODEN
    ABBAS IBN FIRNAS ~ Manusia Pertama Terbang
  • Koleksi Cerita Lawak
    "Lewat 4 bulan"
  • Tiroid jadi masalah | Rawatan penyakit Tiroid
  • Buasir usah biar melarat

ブログパーツ ハピネム

✿ KEKOTAK ✿

MY DREAMS 。 ◕‿◕。

Perfect Family
Villa
Argument
Haters !
Beach
Melancong
Paris
Laptop
Gaduh-gaduh Manja
A Lovely Baby
★ JUST CLICK AND CLICK ★
Template : SIMPLE TEMPLATE
Designer : JOSH PETERSON
Best View : MOZILLA FIREFOX
Tutorials : AMALINA LYSSA FARAH NABILA MEDAN CIKGU KACAMATA JOMBINABELOG HAFIZ BLOGTUTO ZATIEY AISYAH
“I am a blogger, I don't even care how long I use it, This is my online diary, This is one of my way to express my feeling, Either you like it or not, I don't even bother about it.” .

Textboxes from Ferny-Dust!
Myspace Glitter Graphics, Cartoon Dolls, HQ Doll Makers, Free Downloads, HTML Tutorials & More @ Freewebs.Com/Ferny-Dust

❖This Blog Is Fully Protected ︱ Created by Madam Mimi ︱ You Will Be Prosecuted If You Try To Replicate My Idea !❖
► ❝Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Madam Mimi❞ ◄