We Come To Love Not By Finding A Perfect Person, But By Learning To See An Imperfect Person Perfectly...
AVAIB STATUS !! {。^◕‿◕^。}
What A Lazy Day ~.~ !!






Monday, 30 June 2014

TERJEMAHAN AL-QURAN

 
 
Tadi macam biasa, baca Utusan Malaysia Online. Tetiba terjumpa tajuk ni. Terasa menarik. 
So, bagi yang masih belum tahu, bacalah. 
 

Terjemahan al-Quran ke 72 bahasa ditempatkan di Masjidilharam


MEKAH 29 Jun - Pihak berkuasa Masjidilharam di sini, memperluaskan terjemahan al-Quran kepada 72 bahasa asing untuk kegunaan jemaah sepanjang bulan Ramadan ini.
Seorang pegawai kanan Jawatankuasa Hal Ehwal Masjidilharam, Ali Hamid al-Nafji berkata, sebanyak 950,000 salinan terjemahan dalam 72 bahasa berbeza telah ditempatkan dalam masjid utama di Mekah itu.
“Jumlah rak di dalam Masjidilharam telah ditingkatkan kepada 4,000 unit yang mampu menempatkan sebanyak 950,000 salinan terjemahan dalam pelbagai bahasa,’’ katanya kepada agensi berita Arab News.
Beliau berkata, salinan terjemahan dalam bentuk digital turut disediakan untuk kemudahan jemaah.
“Pihak kami telah membangunkan satu sistem teknologi yang membolehkan telefon pintar yang mempunyai aplikasi pembaca kod bar, memuat turun perisian al-Quran dalam bahasa mereka inginkan di Masjidilharam.
“Al-Quran bersama terjemahannya boleh dimuat turun dalam bahasa-bahasa utama dunia termasuk Telugu, Somalia dan Cina selain Sinhala (bahasa Sri Lanka),’’ katanya.

SUMBER: UTUSAN ONLINE
 
 
 

Hasil coretan seorang penggemar tulisan : MimieWOH

No comments :

Post a Comment

Assalammualaikum & Hi !
Do leave your comment by using a nice words.
Have a good day ahead !

❖This Blog Is Fully Protected ︱ Created by Madam Mimi ︱ You Will Be Prosecuted If You Try To Replicate My Idea !❖
► ❝Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Madam Mimi❞ ◄