We Come To Love Not By Finding A Perfect Person, But By Learning To See An Imperfect Person Perfectly...
AVAIB STATUS !! {。^◕‿◕^。}
What A Lazy Day ~.~ !!






Thursday, 19 June 2014

TANG YUAN (Glutinous Rice Ball Dessert)

Sekarang, apa lagi ? Sekarang ni, jom kita ramai-ramai cuba buat resepi ni which is TANG YUAN. Mimi dapat resepi ni dari KAK SHEN.  Nak tau apa Tang Yuan, jom tengok gambar kat bawah. 
Gambar hak milik KAK SHEN jugak. 


Comel kan ? hehe. Now, jom tengok BAHAN and CARA pulak.

Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 300g Tepung pulut
  • 1/2 cup air panas
  • 1 cup air suhu bilik 
  • INTI:  ikut selera masing2. Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah dll.   
  • AIR SYRUP: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia. 

Cara-cara

1. Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh. 

2. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal.

3. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang merah, dan pandan kaya. 

4. Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap. 

5. Untuk air syrup. Masukkan lebih kurang 1 liter air dan masak dengan gula batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis mengikut suka. Saya suka syrup yg manis.. Hidang bebola bersama dengan air syrup yg telah sejuk. Lepastu silakan lah glurrrp...  




Hasil coretan seorang penggemar tulisan : MimieWOH

No comments :

Post a Comment

Assalammualaikum & Hi !
Do leave your comment by using a nice words.
Have a good day ahead !

❖This Blog Is Fully Protected ︱ Created by Madam Mimi ︱ You Will Be Prosecuted If You Try To Replicate My Idea !❖
► ❝Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Madam Mimi❞ ◄