We Come To Love Not By Finding A Perfect Person, But By Learning To See An Imperfect Person Perfectly...
AVAIB STATUS !! {。^◕‿◕^。}
What A Lazy Day ~.~ !!






Monday, 30 June 2014

PENIAGA BOLEH DIDENDA RM 500

 

Tadi ada baca SAYS MALAYSIA. So, Mimi rasa benda ni penting sempena dengan HARI RAYA ni. Hati-hati ye semasa membeli nanti. 

Peniaga Boleh Didenda RM500 Ribu Jika Jual Barang Di Atas Harga Siling Sempena Raya


Kerajaan telah menetapkan harga siling bagi beberapa barangan keperluan pengguna sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Sempena Aidilfitri, Harga Siling Bagi 18 Barangan Keperluan Telah Ditetapkan Oleh Kerajaan Bagi Membendung Eksploitasi Harga Oleh Para Peniaga

  • ·         Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meletakkan harga siling terhadap 18 jenis barang keperluan bagi membendung eksploitasi harga oleh peniaga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
  • ·         Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kesemua produk tersebut dijadikan barangan kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan selama 17 hari bermula 20 Julai hingga 5 Ogos depan.

18 Barangan Keperluan Yang Dimasukkan Adalah Seperti Ayam, Daging Lembu, Telur Ayam, Bawang Merah, Bawang Putih Dan Lain-Lain

·         Antara barangan berkenaan adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja), daging kerbau import, telur ayam gred A, B, C, cili merah dan tomato.
·         Barangan lain adalah kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China) dan ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara tujuh hingga 10 ekor sekilogram).

Di Sabah, Sarawak Dan Labuan Pula, Harga Maksimum Bagi Setiap Barangan Adalah Berdasarkan Harga Kawalan Ketika Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai Mei Lalu


  • ·         "Bagaimanapun, daging lembu tempatan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah lebih tinggi berbanding semasa pelaksanaan skim Hari Raya Aidilfitri 2013 disebabkan penentuan harga mengikut kesesuaian harga pasaran semasa barangan."
  • ·         "Selain itu, harga maksimum bagi setiap barangan adalah berbeza mengikut tempat kerana beberapa faktor, antaranya jarak pembekal sesuatu barangan dengan setiap daerah," jelas Hasan.

 
 

Peniaga Yang Gagal Mematuhi Arahan Akan Dikenakan Tindakan Tegas Termasuk Denda Sehingga RM100 Ribu Sehingga RM500 Ribu


  • ·        Peniaga yang gagal mematuhi skim ini akan dikenakan tindakan tegas, katanya.
  • ·         Hasan turut memberi amaran kepada peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu termasuk denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 bagi syarikat.



SO, TAKE A NOTE YE WAHAI PENIAGA DAN PEMBELI :) 


 
 

Hasil coretan seorang penggemar tulisan : MimieWOH

No comments :

Post a Comment

Assalammualaikum & Hi !
Do leave your comment by using a nice words.
Have a good day ahead !

❖This Blog Is Fully Protected ︱ Created by Madam Mimi ︱ You Will Be Prosecuted If You Try To Replicate My Idea !❖
► ❝Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Madam Mimi❞ ◄